Saturday, May 22, 2010

Selangkah Maju Kehadapan

Alhamdulillah. Syukur kepadaNya kerana hari ini, tanggal 22 Mei 2010, PNA telah berjaya menukar wajahnya. InsyaAllah kali ini, PNA tampil dengan konsep yang lebih mesra pengguna dan dengan penampilan yang lebih ceria.

Penampilan yang baru ini, telah menyebabkan terdapat beberapa perubahan yang berlaku kepada capaian IKLAN PERCUMA anda.
Antaranya ialah :


LAYOUT IKLAN

Kami telah mengubah layout iklan anda dengan hanya penampilkan gambar blog anda sahaja. Ini kerana bagi kemudahan akses anda ke Iklan - iklan tanpa menunggu masa yang lama. Di samping itu, anda juga akan lebih senang untuk melihat kesemua iklan - iklan yang telah terpilih diiklan kan di PNA

SUBSCRIBER

Kepada kesemua subcriber yang pernah subscribe dengan pihak PNA, di harap dapat melakukan nya sekali lagi kerana link untuk simpanan iklan juga telah bertukar. Oleh itu, kami mengharapkan anda dapat memasukkan email anda ke dalam kotak subscribe yang disediakan di IKLAN PERCUMA bagi membolehkan anda dapat mengetahui iklan terkini yang terpilih di PNA.

LAYOUT HADAPAN

Kami hanya akan menempatkan perkara penting sahaja di muka hadapan, manakala Simpanan IKLAN PERCUMA telahpun di asingkan. Ini adalah bagi kesenangan semua, dan kami pasti anda akan gembira dengan penampilan baru kami ini.

HARAPAN ADMIN

InsyaAllah apa yang kami lakukan ini adalah untuk membantu anda melebarkan sayap perniagaan anda semua. Cuma, apa yang admin harapkan, anda dapat menjalankan perniagaan yang berlandaskan syariat Nya kerana dari situ juga lah pendapatan kita akan terhasil. Dan, dari hasil itulah juga kita akan berikan kepada keluarga kita. Sumber yang halal dan bersih, akan membentuk keluarga yang harmoni dan diredhai Nya.. InsyaAllah.

Kerana itulah, Admin mengharapkan anda laksanakan lah amalan Nabi Muhammad ini, iaitu berniaga dengan cara yang paling baik, bukan sekadar untuk mendapat keuntungan, malah untuk mencari keredhaanNya.
Nabi Muhammad adalah contoh yang paling ideal. InsyaAllah kita semua jadikan Nabi kita, seorang yang paling amanah dalam berniaga itu sebagai idola kita. InsyaAllah.

Salam dari Admin buat semua. Moga bermanfaat untuk semua.. InsyaAllah.
- Admin PNA -

No comments:

Post a Comment