Saturday, May 8, 2010

About Me

Setelah sekian lama memikirkan tentang hal ini, hari ini Admin telah membuat keputusan untuk memperkenalkan diri kepada semua.
Walaupun tidak secara menyeluruh, namun Admin mengharapkan ianya adalah salah satu titik tolak kepada persahabatan antara Admin dan anda semua.
InsyaAllah persahabatan, perkenalan kita ini akan di rahmatiNya dan akan mendapat berkat serta limpah rahmat dariNya. Amin.. InsyaAllah..


* Meminjam gambar Rianti sebagai penganti diri.. kerana sangat meminati watak Aisya dalam Ayat - Ayat Cinta.

Dalam masa yang sama, ingin menjadi wanita yang cekal, tawakkal, beriman dan taqarrub denganNya.

Semoga setiap yang ku lakukan, adalah Hanya KeranaNya.. InsyaAllah.



Nasihat buat diri dan semua wanita diluar sana..

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Sumber : http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/02/wanita-solehah/

Ku bersyukur dengan apa yang ku miliki.. semoga Allah mengampuniku dan kalian semua.. Amin.

Wassalam.
- Admin PNA -

1 comment:

  1. salam puan..

    seronok membaca tentang puan..apan=bila kali pertama saya membuka PNA nie saya mmg sgt suka apabila mendengar lagu maher zain tu..yang membuatkan saya terus mendaftar utk mengiklankan kedai saya di sini...
    alhamdulillah atas hadith yang di beri..semoga kita sama2 dapat menjadi wanita yang di redhai dan memberi manfaat pada seluruh umat muhammad..saya teringin nak mengenali akak dgn lebih dekat dan berkongsi pengalaman..

    jazakallah atas platform ini..salam..

    ReplyDelete