Showing posts with label Pena Admin. Show all posts
Showing posts with label Pena Admin. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Alhamdulillah di atas kelapangan ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini admin berasa amat gembira kerana janji kami di PNA dengan anda semua yang telah berdaftar dengan kami telah tertunai. Masalah yang kami hadapi sebelum ini telah dapat di atasi dan InsyaAllah ianya akan semakin baik selepas ini.

Satu lagi yang membuatkan admin berasa teruja kerana telah siap membaikpulih keseluruhan layout PortalNiagaAnda yang mungkin sebelum ini agak sukar untuk di fahami. InsyaAllah dengan penampilan kami yang baru ini, akan lebih menarik dan lebih mudah faham kepada semua.

Semua ini adalah dari datang dari sumbangan dan idea anda semua. Sekiranya anda pengunjung setia PNA, pasti anda akan perasan dengan perubahan kami yang boleh dikatakan, setiap minggu bertukar wajah. :)

Kami amat berterima kasih kepada Blogger kerana telah menyediakan modum yang lebih mudah kerana dengan adanya New Templete yang lebih menyenangkan semua blogger dalam mengemaskini blog masing - masing.

Tambahan pula, Admin amat suka bermain dengan design dan coding, dan teramat gemar menukar layout blog supaya pengunjung tidak jemu dengan penampilan yang sama. Lagipun, itu adalah salah satu daya penarik anda semua ke PNA. InsyaAllah.

Sebagai akhir kata admin untuk hari ini, semoga anda semua akan sentiasa ceria dan senyum lah selalu. Ingatlah, senyuman yang ikhlas akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.. Sedekah yang paling mudah. :)

Wassalam.
Semoga bermanfaat buat semua..
- PenaAdmin -

Monday, June 7, 2010

Bercuti bersama keluarga

Assalamualaikum buat semua.

Banyak yang admin nak kongsikan dengan semua, tetapi masa yang tidak mengizinkan. Dengan masalah teknikal yang telah kami alami, menyebabkan banyak tugasan yang tertunggak. Yang utamanya, adalah dalam membuat pilihan terhadap blog niaga yang telah berdaftar dengan kami.
Maaf dari kami.

Selain itu, kami sebenarnya berada di luar kawasan kerana bercuti bersama keluarga. Selama seminggu admin telah mengambil cuti kali ini. Mendaki bukit Cameron Highlands, Ke KL, ke Kuala Terengganu, dan pulang ke kampung halaman yang dirindui, Pasir Mas.. sebelum kembali ke kemaman..

Oleh itu, InsyaAllah dengan masa yang sedikit ini, kami akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk semua. Kami akan mencuri masa yang ada untuk membuat pemilihan terhadap blog niaga yang telah berdaftar. Semoga anda akan sentiasa memberikan sokongan kepada kami..

Salam dari Admin.

Wednesday, June 2, 2010

Mengalami gangguan talian internet

Kami di pihak PNA memohon maaf kepada semua.

Kami tidak dapat membuat sebarang posting semenjak dari semalam, dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Kami tidak pasti bila kah ia akan pulih semula. Masalah ini berlaku kerana terdapat gangguan talian internet di pihak kami.



Gangguan ini menyebabkan kami tidak dapat membuka blog anda yang akan dipilih untuk diiklankan. Ini penting bagi membolehkan kami mengambil layout blog anda sebagai iklan di PNA.

Kesukaran yang timbul ini membuatkan kami tidak dapat membuat sebarang posting bagi BLOG PILIHAN. Hanya posting biasa sahaja yang dapat kami lakukan.

Selain itu, blog PNA sendiri pun kami tidak dapat browse akibat dari gangguan ini. 



Dengan itu, sekali lagi kami memohon maaf kepada semua lantaran masalah yang timbul ini. InsyaAllah, kami mendoakan yang terbaik untuk semua. Yakin dengan Allah, segala yang terjadi adalah keranaNya. Mungkin ada kelalaian dari saya sendiri yang saya tidak sedar, ataupun sebagai ujian buat kami di pihak PNA.


Segala yang baik adalah datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu, dari kedhaifan kami di pihak PNA. Kami mendoakan yang terbaik untuk semua.


- Admin PNA -

Monday, May 24, 2010

Today is Our Anniversary :)

Actually this is a very meaningful day for  my husband and me. This is because today is our wedding anniversary. After eight years getting married, and had been given two child, we're very grateful for the gift which Allah gave to us.

Also really thankful to my husband  for giving me a very meaningful gift. I'm sure you're also really want to know, what the gifts I received from her husband, right? :)

Ok. This is the gift that I meant. D5000. Very - very grateful to my husband for replace my camera that was stolen two months ago. Praise be to Allah, because i've got the much better.

So, my advice, do not sorrow if you're facing a problem or trial, because there would be better thing waiting for you. Confident of Allah's promise. What should we do, be patient. God willing, Allah will replace with more better one. InsyaAllah..





And my prize to my husband .. :)
Lee Cooper. Hope my husband was pleased with the gifts that I've give. Although prices are not comparable to D5000, but I hope her husband will appreciate it. :)

( brown colour )

Sunday, May 23, 2010

Really thank to Musbarina Ahmad Mustar

Dimuka hadapan PortalNiagaAnda harini telah mengetengahkan seorang insan yang telah memberikan cadangan yang bernas buat kami di PNA. Insan itu ialah Saudari Musbarina Ahmad Mustar.

Bagi menghargai jasanya itu, kami telah mempromosikan blognya secara tidak langsung, walaupun blog niaganya masih belum dapat diiklankan kerana masih banyak permintaan dari semua pihak. Kami perlu memenuhi janji kami, iaitu 'first come, first serve'. InsyaAllah akan sampai giliran anda, dan kami akan maklumkan kepada anda apabila ianya terpilih.

Bagi mempromosi Musbarina, kami menjemput anda semua menemui Rina di blog nya iaitu http://musbarina.blogspot.com/dan sila lawati blog nya untuk mendapatkan pelbagai barangan yang pasti menepati citarasa anda.


Akhir kata, semoga dengan adanya banner yang baru ini, akan lebih menyenangkan pihak anda semua. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik untuk semua.

Oleh itu, kami sangat menghargai cadangan dan pandangan semua untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. InsyaAllah bermanfaat untuk semua.

- Admin PNA -

Saturday, May 22, 2010

Selangkah Maju Kehadapan

Alhamdulillah. Syukur kepadaNya kerana hari ini, tanggal 22 Mei 2010, PNA telah berjaya menukar wajahnya. InsyaAllah kali ini, PNA tampil dengan konsep yang lebih mesra pengguna dan dengan penampilan yang lebih ceria.

Penampilan yang baru ini, telah menyebabkan terdapat beberapa perubahan yang berlaku kepada capaian IKLAN PERCUMA anda.
Antaranya ialah :


LAYOUT IKLAN

Kami telah mengubah layout iklan anda dengan hanya penampilkan gambar blog anda sahaja. Ini kerana bagi kemudahan akses anda ke Iklan - iklan tanpa menunggu masa yang lama. Di samping itu, anda juga akan lebih senang untuk melihat kesemua iklan - iklan yang telah terpilih diiklan kan di PNA

SUBSCRIBER

Kepada kesemua subcriber yang pernah subscribe dengan pihak PNA, di harap dapat melakukan nya sekali lagi kerana link untuk simpanan iklan juga telah bertukar. Oleh itu, kami mengharapkan anda dapat memasukkan email anda ke dalam kotak subscribe yang disediakan di IKLAN PERCUMA bagi membolehkan anda dapat mengetahui iklan terkini yang terpilih di PNA.

LAYOUT HADAPAN

Kami hanya akan menempatkan perkara penting sahaja di muka hadapan, manakala Simpanan IKLAN PERCUMA telahpun di asingkan. Ini adalah bagi kesenangan semua, dan kami pasti anda akan gembira dengan penampilan baru kami ini.

HARAPAN ADMIN

InsyaAllah apa yang kami lakukan ini adalah untuk membantu anda melebarkan sayap perniagaan anda semua. Cuma, apa yang admin harapkan, anda dapat menjalankan perniagaan yang berlandaskan syariat Nya kerana dari situ juga lah pendapatan kita akan terhasil. Dan, dari hasil itulah juga kita akan berikan kepada keluarga kita. Sumber yang halal dan bersih, akan membentuk keluarga yang harmoni dan diredhai Nya.. InsyaAllah.

Kerana itulah, Admin mengharapkan anda laksanakan lah amalan Nabi Muhammad ini, iaitu berniaga dengan cara yang paling baik, bukan sekadar untuk mendapat keuntungan, malah untuk mencari keredhaanNya.
Nabi Muhammad adalah contoh yang paling ideal. InsyaAllah kita semua jadikan Nabi kita, seorang yang paling amanah dalam berniaga itu sebagai idola kita. InsyaAllah.

Salam dari Admin buat semua. Moga bermanfaat untuk semua.. InsyaAllah.
- Admin PNA -

Wednesday, May 12, 2010

Updated for today : 12 May 2010

All praises to Allah, although busy with work, I can completed five business blog for the advertising in the PNA today.. Alhamdulillah..

Updated for this day, five blogs were selected:
1. http://portalniagaanda.blogspot.com/2010/05/tupperwaremama.html
2. http://portalniagaanda.blogspot.com/2010/05/butik-online-anggun.html
3. http://portalniagaanda.blogspot.com/2010/05/cikaaksesori.html
4. http://portalniagaanda.blogspot.com/2010/05/anas-kitchen.html
5. http://portalniagaanda.blogspot.com/2010/05/adira-boutique.html

We're in PNA always pray your business will successful and getting more and more visits from customer after your advertisements published in the PNA.

InsyaAllah
- Admin PNA -

Tuesday, May 11, 2010

Still busy today

I am still busy in the office today. Therefore, most likely posting for today also will be delayed into the night, just like yesterday.

Once again I apologize to all, especially who is still patiently waited his blog ads will be selected. I will try as much as possible. to provide the best for all. God willing.

InsyaAllah.
- P.A -

Fulfill the promise

Assalamualaikum.


Today, I was quite busy with work at the office, causing the post of advertise only be done at night.

I apologize to all those who are selected today because quite late in their ads promote.

However, it will still be on the cover of PNA for several days. God willing. That's our promise.


So, tonight I fulfill my promise to advertise your business blog, and a total of 10 blogs I have prepared for the advertised. Congratulations to the 10 owners who successfully selected.

Let's meet with 10 people who have chosen :


1. Mira Suriati Binti Ismail

2. Azzuah Harun

3. Saniah Md Saaid

4. Nurul Ain

5. Salmah

6. Anuar

7. Kak AS

8. Zefa Nor binti spokesman Roman

9. Sara Russly

10. Maziah


All that I do, really hope that I can help you expand your business. I always pray, the best for you all.

Finally, to all who have become my friend on facebook, I say thank you. For those who have not become my friend, I hope to add as your friend. simply, search this email. portalniagaanda@gmail.com and add me as your friend. Hope we can get more close. InsyaAllah..

Wassalam
- P.A -

Monday, May 3, 2010

10 selected blog and appreciation to KAK HAS

Alhamdulillah, thanks to God because even in the busy day, Allah still give Admin a part time to advertise 10 blogs today.

Actually, Admin has a very limited time and in the same time, we're have a lots of outstanding requests ADS to proceed.

Meanwhile, it is also to give an opportunity for selected business blogs publish on the front page on that day.

Among blog owners who are registered with the PNA, Admin see no determination given by Kak HAS to PNA. Thus, the Admin has made a decision on a blog for the advertising business right first as a token of gratitude for the support of the PNA in it. In addition, she is also the first a follower of the My PA (Pena Admin), which is PNA sustainability blog.

Despite the hustle and bustle of it, she is still had the opportunity to visit My PA and PNA also. Thank you kak has. We pray that your business will achieve the best among the best and diberkatiNya. God willing.Last but not least, these are Friends PNA was selected for advertised today, namely: -
1. Maziana binti Mohd Zaki
2. Awina
3. Saad Shazlina
4. Aliya A Rahman
5. Asiah
6. Suezahid
7. SALIZA & NOREHAN
8. Eyena
9. miss Za
10. Bella
They are all the owners of a business blog, selected ad right in the PNA today. We also pray for your success. InsyaAllah.

Wassalam
- Admin PNA -

---------------------------------------------------


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana dalam kesibukan hari ini, Admin masih sempat mengiklan kan sebanyak 10 blog niaga.


Admin mengucapkan terima kasih di atas sokongan kalian yang masih sabar menunggu untuk blog niaga mereka di iklan kan. Admin mempunyai keterbatasan masa, yang menyebabkan banyak lagi permintaan IKLAN yang tertunggak.


Antara tujuan lain, adalah kerana bagi memberikan peluang kepada blog niaga yang terpilih itu berada di muka hadapan PNA setiap kali ianya di IKLAN kan.


Dalam ramai - ramai pemilik blog yang berdaftar dengan PNA, Admin nampak ada kesungguhan yang diberikan oleh KAK HAS terhadap PNA. Oleh itu, Admin telah membuat keputusan untuk memilih blog niaganya utk di iklan kan terlebih dahulu sebagai tanda terima kasih Pihak PNA di atas sokongan nya.


Di samping itu, dia adalah insan pertama telah menjadi Follower bagi MY PA ( PENA ADMIN), blog kesinambungan PNA.
Walaupun dalam kesibukan nya, dia masih berpeluang untuk menjenguk PNA dan My PA. Terima kasih kak has. Kami mendoakan semoga perniagaan kak has akan membuahkan hasil yang terbaik dan di berkatiNya. InsyaAllah.


Tidak ketinggalan juga buat Sahabat PNA yang terpilih untuk diiklan kan blognya hari ini, iaitu :-
1. Maziana binti Mohd Zaki
2. Awina
3. Shazlina saad
4. Aliya A Rahman
5. ASIAH
6. Suezahid
7. SALIZA & NOREHAN
8. Eyena Amir
9. miss za
10. Bella


Mereka adalah antara pemilik blog niaga yang terpilih untuk di iklan kan di PNA hari ini. Pihak PNA sentiasa mendoakan semoga perniagaan anda semua akan berjalan lancar dan dipermudahkan Nya. InsyaAllah.


Wassalam
- Admin PNA -

PA bersiaran dari Permai Inn Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini agak keterbatasan masa kerana Admin telah berada di luar kawasan. Demi menunaikan janji dengan anak - anak, kami telah ke Kuala Terengganu untuk bercuti sempena Hari Buruh. Sebenarnya dah lama berjanji, tetapi kali ini baru ada kesempatan.

Syukur kepadaNya di atas kelapangan yang Allah bagi kepada Admin untuk bersama - sama anak. Oleh itu, Admin meminta maaf sekiranya ramai yang tertunggu - tunggu untuk blog niaga mereka di iklan kan di sini. Admin akui dengan kedhaifan diri, yang mana masih mempunyai banyak kekangan yang kadang - kadang menyebabkan kelewatan untuk membuat posting BLOG PILIHAN yang baru.

Namun begitu, admin berjaya juga membuat 5 posting yang baru hari ini bagi memenuhi permintaan ramai. Harap semua berpuas hati. InsyaAllah.

Wassalam
- My PA -

Thursday, April 29, 2010

Salam Dari Admin Buat Sahabat PNA

Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua.

Admin mendoakan semoga semua pemilik - pemilik blog niaga di luar sana berada dalam keadaan yang menggembirakan dan sihat walafiat di samping keluarga.

Puji dan ucap syukur yang tak terhingga kepadaNya Yang Maha Esa kerana dengan Kuasanya, kita masih dapat berhubung, meskipun di alam yang maya ini. Doa yang tak pernah putus buat semua, semoga kita sentiasa di limpah kan rahmat dariNya dan dapat menjalan kan bisnes masing - masing dengan baik.

Kesihatan amat penting buat semua. Oleh itu, nikmat sihat itu perlulah kita syukuri dan gunakan nya sebaik yang mungkin. Untuk sesuatu yang berfaedah dan lebih bermanfaat.. InsyaAllah.

Kali ini, Pena Admin (PA) bersua dengan semua dari halaman yang berbeza. Di sini Admin kemukakan beberapa sebab ianya di tubuh kan ke halaman yang berbeza.

Tujuan Pertama :
Admin merasakan sudah tiba masanya PNA berjalan dengan sendirinya, tidak lagi di semak kan dengan sesuatu yang lain. Ini kerana ia akan lebih dapat memberikan penumpuan yang lebih kepada tujuan pengiklanan itu sendiri.

Tujuan Kedua:
Halaman ini juga salah satu medan untuk Admin kemukakan pendapat, idea dan percambahan idea yang baru, untuk di kongsi bersama pemilik blog yang lain dan di samping mempunyai 'tapak sendiri' dan bebas untuk berkongsi cerita dan kisah dengan semua.

Tujuan Ketiga :
Suka Admin gelarkan pemilik blog niaga yang berdaftar dengan PNA dengan panggilan 'Sahabat PNA'. Oleh itu, Admin merasakan ini adalah salah satu cara untuk Admin berkenalan dan lebih rapat dengan Sahabat PNA. Walaupun kita di alam maya, namun ukhuwwah dan persahabatan akan diberi ganjaran pahala jika sekiranya masing - masing ikhlas dengan ikatan yang terjalin.
Dengan itulah, Admin merasakan ini adalah salah satu caranya untuk Admin lebih dekat lagi dengan Sahabat PNA semua. InsyaAllah

Tujuan Keempat :
Sebelum ini, mesti Sahabat semua tertanya - tanya, siapakah Admin PNA ini kan?. Lelaki kah, perempuan kah, sudah kawin kah? atau masih solo?.. Oleh itu, halaman ini juga merupakan salah satu medan untuk Sahabat semua kenal dengan lebih rapat lagi, siapakah di sebalik PNA ini. InsyaAllah akan tiba suatu masa nanti. :)

Setakat ini, itu sahaja yang terlintas di fikiran. Diharapkan semua masing sudi mengunjungi PA kerana di sini, kita akan bertukar cerita, dan lebih kepada yang lebih santai.. InsyaAllah.

Wassalam. Moga Bermanfaat buat semua. InsyaAllah.
- Admin PNA -

Banner dan Posting BLOG PILIHAN ke dalam blog anda

Assalamualaikum,
dan Salam Sejahtera buat semua.

Hari ini Admin mengambil kesempatan yang ada untuk menerangkan bagaimana untuk meletakkan BANNER PNA dan masukkan posting BLOG PILIHAN anda ke dalam blog anda.

( Untuk Banner )
Langkah 1 :
Sila lihat di bahagian tepi sebelah kanan, terdapat sudut [ Kredit Buat Kami ], dan di bawah nya terdapat coding yang perlu anda copy. Klik pada bahagian coding yang bertanda dengan anak panah merah itu, dan copy coding itu. ( Cara untuk copy, anda right click mouse, tekan select all, right click sekali lagi, dan tekan copy )


Langkah 2 :
Buka blogger anda, dan di bahagian Layout, klik pada add gadget pada bahagian yang anda ingin Banner itu di pamerkan. ( contohnya sebelah kiri blog, atau sebelah kanan.)

 Selepas anda klik pada Add Gadget, layout sepeti di bawah akan keluar. Dan, anda perlu menekan button '+' di hujung bahagian HTML/Javascript.

 Di dalam kotak seperti layout di bawah, anda right click sekali lagi, dan tekan paste. ( Maka coding yang anda copy tadi, akan di paste kan ke dalam kotak HTML yang anda pilih tadi.) Setelah selesai, tekan save.
Apabila anda refresh blog anda, banner itu akan keluar di blog anda.

( Untuk Posting )

Langkah 1 :
Buka website http://portalniagaanda.blogspot.com/ dan cari posting BLOG PILIHAN yang berkenaan dengan blog anda.
( Admin ambil contoh utk KEDAI ISLAH )
Bawa cursor ( anak panah ) anda ke bahagian teratas berkenaan Iklan anda.


Tekan cursor itu tanpa melepaskan nya, dan bawa sehingga akhir tentang iklan anda itu. Layout nya seperti di bawah, maksudnya ia telah pun di highlight kan.

Selepas itu, anda tekan right click, dan copy posting itu.

Langkah 2 :
Buka blogger anda, dan tekan pada Posting, seperti anda ingin memasukkan posting yang baru. Dan anda paste kan apa yang anda telah copy tadi ke dalam posting anda. InsyaAllah ia akan keluar.
( Admin tidak memasukkan layout kerana mengandaikan semua sudah faham untuk memasukkan sesuatu posting yang baru. )

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila kemukakan kepada Admin PNA semula.
Terima kasih.
- Admin PNA -