Wednesday, June 2, 2010

Mengalami gangguan talian internet

Kami di pihak PNA memohon maaf kepada semua.

Kami tidak dapat membuat sebarang posting semenjak dari semalam, dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Kami tidak pasti bila kah ia akan pulih semula. Masalah ini berlaku kerana terdapat gangguan talian internet di pihak kami.



Gangguan ini menyebabkan kami tidak dapat membuka blog anda yang akan dipilih untuk diiklankan. Ini penting bagi membolehkan kami mengambil layout blog anda sebagai iklan di PNA.

Kesukaran yang timbul ini membuatkan kami tidak dapat membuat sebarang posting bagi BLOG PILIHAN. Hanya posting biasa sahaja yang dapat kami lakukan.

Selain itu, blog PNA sendiri pun kami tidak dapat browse akibat dari gangguan ini. 



Dengan itu, sekali lagi kami memohon maaf kepada semua lantaran masalah yang timbul ini. InsyaAllah, kami mendoakan yang terbaik untuk semua. Yakin dengan Allah, segala yang terjadi adalah keranaNya. Mungkin ada kelalaian dari saya sendiri yang saya tidak sedar, ataupun sebagai ujian buat kami di pihak PNA.


Segala yang baik adalah datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu, dari kedhaifan kami di pihak PNA. Kami mendoakan yang terbaik untuk semua.


- Admin PNA -

No comments:

Post a Comment