Wednesday, June 16, 2010

Alhamdulillah di atas kelapangan ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini admin berasa amat gembira kerana janji kami di PNA dengan anda semua yang telah berdaftar dengan kami telah tertunai. Masalah yang kami hadapi sebelum ini telah dapat di atasi dan InsyaAllah ianya akan semakin baik selepas ini.

Satu lagi yang membuatkan admin berasa teruja kerana telah siap membaikpulih keseluruhan layout PortalNiagaAnda yang mungkin sebelum ini agak sukar untuk di fahami. InsyaAllah dengan penampilan kami yang baru ini, akan lebih menarik dan lebih mudah faham kepada semua.

Semua ini adalah dari datang dari sumbangan dan idea anda semua. Sekiranya anda pengunjung setia PNA, pasti anda akan perasan dengan perubahan kami yang boleh dikatakan, setiap minggu bertukar wajah. :)

Kami amat berterima kasih kepada Blogger kerana telah menyediakan modum yang lebih mudah kerana dengan adanya New Templete yang lebih menyenangkan semua blogger dalam mengemaskini blog masing - masing.

Tambahan pula, Admin amat suka bermain dengan design dan coding, dan teramat gemar menukar layout blog supaya pengunjung tidak jemu dengan penampilan yang sama. Lagipun, itu adalah salah satu daya penarik anda semua ke PNA. InsyaAllah.

Sebagai akhir kata admin untuk hari ini, semoga anda semua akan sentiasa ceria dan senyum lah selalu. Ingatlah, senyuman yang ikhlas akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.. Sedekah yang paling mudah. :)

Wassalam.
Semoga bermanfaat buat semua..
- PenaAdmin -

No comments:

Post a Comment