Monday, June 7, 2010

Bercuti bersama keluarga

Assalamualaikum buat semua.

Banyak yang admin nak kongsikan dengan semua, tetapi masa yang tidak mengizinkan. Dengan masalah teknikal yang telah kami alami, menyebabkan banyak tugasan yang tertunggak. Yang utamanya, adalah dalam membuat pilihan terhadap blog niaga yang telah berdaftar dengan kami.
Maaf dari kami.

Selain itu, kami sebenarnya berada di luar kawasan kerana bercuti bersama keluarga. Selama seminggu admin telah mengambil cuti kali ini. Mendaki bukit Cameron Highlands, Ke KL, ke Kuala Terengganu, dan pulang ke kampung halaman yang dirindui, Pasir Mas.. sebelum kembali ke kemaman..

Oleh itu, InsyaAllah dengan masa yang sedikit ini, kami akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk semua. Kami akan mencuri masa yang ada untuk membuat pemilihan terhadap blog niaga yang telah berdaftar. Semoga anda akan sentiasa memberikan sokongan kepada kami..

Salam dari Admin.

1 comment: