Thursday, April 29, 2010

Salam Dari Admin Buat Sahabat PNA

Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua.

Admin mendoakan semoga semua pemilik - pemilik blog niaga di luar sana berada dalam keadaan yang menggembirakan dan sihat walafiat di samping keluarga.

Puji dan ucap syukur yang tak terhingga kepadaNya Yang Maha Esa kerana dengan Kuasanya, kita masih dapat berhubung, meskipun di alam yang maya ini. Doa yang tak pernah putus buat semua, semoga kita sentiasa di limpah kan rahmat dariNya dan dapat menjalan kan bisnes masing - masing dengan baik.

Kesihatan amat penting buat semua. Oleh itu, nikmat sihat itu perlulah kita syukuri dan gunakan nya sebaik yang mungkin. Untuk sesuatu yang berfaedah dan lebih bermanfaat.. InsyaAllah.

Kali ini, Pena Admin (PA) bersua dengan semua dari halaman yang berbeza. Di sini Admin kemukakan beberapa sebab ianya di tubuh kan ke halaman yang berbeza.

Tujuan Pertama :
Admin merasakan sudah tiba masanya PNA berjalan dengan sendirinya, tidak lagi di semak kan dengan sesuatu yang lain. Ini kerana ia akan lebih dapat memberikan penumpuan yang lebih kepada tujuan pengiklanan itu sendiri.

Tujuan Kedua:
Halaman ini juga salah satu medan untuk Admin kemukakan pendapat, idea dan percambahan idea yang baru, untuk di kongsi bersama pemilik blog yang lain dan di samping mempunyai 'tapak sendiri' dan bebas untuk berkongsi cerita dan kisah dengan semua.

Tujuan Ketiga :
Suka Admin gelarkan pemilik blog niaga yang berdaftar dengan PNA dengan panggilan 'Sahabat PNA'. Oleh itu, Admin merasakan ini adalah salah satu cara untuk Admin berkenalan dan lebih rapat dengan Sahabat PNA. Walaupun kita di alam maya, namun ukhuwwah dan persahabatan akan diberi ganjaran pahala jika sekiranya masing - masing ikhlas dengan ikatan yang terjalin.
Dengan itulah, Admin merasakan ini adalah salah satu caranya untuk Admin lebih dekat lagi dengan Sahabat PNA semua. InsyaAllah

Tujuan Keempat :
Sebelum ini, mesti Sahabat semua tertanya - tanya, siapakah Admin PNA ini kan?. Lelaki kah, perempuan kah, sudah kawin kah? atau masih solo?.. Oleh itu, halaman ini juga merupakan salah satu medan untuk Sahabat semua kenal dengan lebih rapat lagi, siapakah di sebalik PNA ini. InsyaAllah akan tiba suatu masa nanti. :)

Setakat ini, itu sahaja yang terlintas di fikiran. Diharapkan semua masing sudi mengunjungi PA kerana di sini, kita akan bertukar cerita, dan lebih kepada yang lebih santai.. InsyaAllah.

Wassalam. Moga Bermanfaat buat semua. InsyaAllah.
- Admin PNA -

No comments:

Post a Comment