Thursday, April 29, 2010

Salam Dari Admin Buat Sahabat PNA

Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua.

Admin mendoakan semoga semua pemilik - pemilik blog niaga di luar sana berada dalam keadaan yang menggembirakan dan sihat walafiat di samping keluarga.

Puji dan ucap syukur yang tak terhingga kepadaNya Yang Maha Esa kerana dengan Kuasanya, kita masih dapat berhubung, meskipun di alam yang maya ini. Doa yang tak pernah putus buat semua, semoga kita sentiasa di limpah kan rahmat dariNya dan dapat menjalan kan bisnes masing - masing dengan baik.

Kesihatan amat penting buat semua. Oleh itu, nikmat sihat itu perlulah kita syukuri dan gunakan nya sebaik yang mungkin. Untuk sesuatu yang berfaedah dan lebih bermanfaat.. InsyaAllah.

Kali ini, Pena Admin (PA) bersua dengan semua dari halaman yang berbeza. Di sini Admin kemukakan beberapa sebab ianya di tubuh kan ke halaman yang berbeza.

Tujuan Pertama :
Admin merasakan sudah tiba masanya PNA berjalan dengan sendirinya, tidak lagi di semak kan dengan sesuatu yang lain. Ini kerana ia akan lebih dapat memberikan penumpuan yang lebih kepada tujuan pengiklanan itu sendiri.

Tujuan Kedua:
Halaman ini juga salah satu medan untuk Admin kemukakan pendapat, idea dan percambahan idea yang baru, untuk di kongsi bersama pemilik blog yang lain dan di samping mempunyai 'tapak sendiri' dan bebas untuk berkongsi cerita dan kisah dengan semua.

Tujuan Ketiga :
Suka Admin gelarkan pemilik blog niaga yang berdaftar dengan PNA dengan panggilan 'Sahabat PNA'. Oleh itu, Admin merasakan ini adalah salah satu cara untuk Admin berkenalan dan lebih rapat dengan Sahabat PNA. Walaupun kita di alam maya, namun ukhuwwah dan persahabatan akan diberi ganjaran pahala jika sekiranya masing - masing ikhlas dengan ikatan yang terjalin.
Dengan itulah, Admin merasakan ini adalah salah satu caranya untuk Admin lebih dekat lagi dengan Sahabat PNA semua. InsyaAllah

Tujuan Keempat :
Sebelum ini, mesti Sahabat semua tertanya - tanya, siapakah Admin PNA ini kan?. Lelaki kah, perempuan kah, sudah kawin kah? atau masih solo?.. Oleh itu, halaman ini juga merupakan salah satu medan untuk Sahabat semua kenal dengan lebih rapat lagi, siapakah di sebalik PNA ini. InsyaAllah akan tiba suatu masa nanti. :)

Setakat ini, itu sahaja yang terlintas di fikiran. Diharapkan semua masing sudi mengunjungi PA kerana di sini, kita akan bertukar cerita, dan lebih kepada yang lebih santai.. InsyaAllah.

Wassalam. Moga Bermanfaat buat semua. InsyaAllah.
- Admin PNA -

Banner dan Posting BLOG PILIHAN ke dalam blog anda

Assalamualaikum,
dan Salam Sejahtera buat semua.

Hari ini Admin mengambil kesempatan yang ada untuk menerangkan bagaimana untuk meletakkan BANNER PNA dan masukkan posting BLOG PILIHAN anda ke dalam blog anda.

( Untuk Banner )
Langkah 1 :
Sila lihat di bahagian tepi sebelah kanan, terdapat sudut [ Kredit Buat Kami ], dan di bawah nya terdapat coding yang perlu anda copy. Klik pada bahagian coding yang bertanda dengan anak panah merah itu, dan copy coding itu. ( Cara untuk copy, anda right click mouse, tekan select all, right click sekali lagi, dan tekan copy )


Langkah 2 :
Buka blogger anda, dan di bahagian Layout, klik pada add gadget pada bahagian yang anda ingin Banner itu di pamerkan. ( contohnya sebelah kiri blog, atau sebelah kanan.)

 Selepas anda klik pada Add Gadget, layout sepeti di bawah akan keluar. Dan, anda perlu menekan button '+' di hujung bahagian HTML/Javascript.

 Di dalam kotak seperti layout di bawah, anda right click sekali lagi, dan tekan paste. ( Maka coding yang anda copy tadi, akan di paste kan ke dalam kotak HTML yang anda pilih tadi.) Setelah selesai, tekan save.
Apabila anda refresh blog anda, banner itu akan keluar di blog anda.

( Untuk Posting )

Langkah 1 :
Buka website http://portalniagaanda.blogspot.com/ dan cari posting BLOG PILIHAN yang berkenaan dengan blog anda.
( Admin ambil contoh utk KEDAI ISLAH )
Bawa cursor ( anak panah ) anda ke bahagian teratas berkenaan Iklan anda.


Tekan cursor itu tanpa melepaskan nya, dan bawa sehingga akhir tentang iklan anda itu. Layout nya seperti di bawah, maksudnya ia telah pun di highlight kan.

Selepas itu, anda tekan right click, dan copy posting itu.

Langkah 2 :
Buka blogger anda, dan tekan pada Posting, seperti anda ingin memasukkan posting yang baru. Dan anda paste kan apa yang anda telah copy tadi ke dalam posting anda. InsyaAllah ia akan keluar.
( Admin tidak memasukkan layout kerana mengandaikan semua sudah faham untuk memasukkan sesuatu posting yang baru. )

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila kemukakan kepada Admin PNA semula.
Terima kasih.
- Admin PNA -

Iklan percuma di Portal Niaga Anda

Admin ingin mewawarkan sekali lagi yang kami di Portal Niaga Anda menyediakan perkhidmatan iklan secara percuma kepada semua blog - blog niaga yang ingin mempromosikan barangan jualan mereka.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi borang iklan yang di sediakan oleh pihak kami serta menjadi salah seorang Followers kami dan ini sudah di kira anda berdaftar dengan kami. Semua ini adalah percuma, dan kami akan mempromosikan blog atau iklan anda itu di ruangan BLOG PILIHAN kami.

Setiap hari, pihak kami akan memilih beberapa blog niaga yang telah berdaftar dengan kami untuk di iklan kan di PNA ini.

Apa yang kami lakukan ini adalah atas sokongan anda semua juga. Selain dari mempromosikan barangan jualan anda, dalam masa yang sama kami membantu anda lebih dekat dengan pelanggan kerana di sini, kami akan letakkan senarai blog - blog yang telah tersenarai berdaftar dengan kami.

Apa yang kami harapkan dari anda, jadilah sebahagian daripada teman Followers kami dan masukkan link kami ke dalam blog list anda.

Semoga blog anda adalah yang akan terpilih selepas ini.
Wassalam. Semoga bermanfaat untuk semua.
- Admin PNA -